Monday, December 31, 2012

The Alternate Story : Part 9


Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Dari sudut tandas JB West, ada bunyi orang tengah membasuh baju. Eh? Siapa yang cuci baju memalam buta ni?

Din Ganu, yang menghuni JB 36 tersedar dari tidurnya. Kiub dia dekat ngan tandas, jadi memang kuat la bunyi yang dia dengar tu. Din menekupkan kepalanya dengan bantal. 30 saat kemudian, dia cepat-cepat mengalihkan bantal tu.

"Hah! Hah! Hah!"

Dia sesak nafas bila tutup muka ngan bantal. Tu la, sape suruh. Hahaha.. Anyway, Din pun mula menjejakkan kakinya ke lantai. Ternampak kepenatan di mukanya. Perlahan-lahan dia menuju ke tandas JB West. Info sikit... Tandas JB West adalah antara tandas kat dorm lelaki yang paling bersih. Ni semua adalah dari jasa Uncle Sam, dan jugak ada sorang mamat ni yang nama dia Alif. Dengar citer dia ni rajin tolong bersihkan tandas. #koyamode

"Azri.. Apa la ko buat kat JB ni. Bukan ko kat blok H ke sekarang?", kata Din dengan mata separuh terbuka, separuh tertutup. Mamai habis la dia ni.

"Saja.. Alaa, SPM kan dah dekat, waktu kita nak duduk kat maktab ni pun nak habis. Aku nak merasa sikit duduk JB semula sebelum habis maktab.", balas Azri.

"Yang ko cuci baju malam-malam buta ni pehal?"

"Bukan cuci baju. Cuci boxer la. Aku lupa nak basuh, sampai boxer bersih aku tinggal satu je. Baik aku cuci malam ni jugak. Kang besok lusa aku pakai boxer sama nanti kudis pulak. Hahaha"

"Yela.. Yela.. Tapi cuci cepat sikit. Aku nak tidur takleh. Dah kbai."

Din Ganu pun menyusun langkahnya menuju semula ke tempat tidurnya. Kurang 5 saat dia merebahkan badan atas katil, terus berdengkur kuat. Jadi Azri pun selesai mencuci boxer-boxernya. Selepas menjemur boxer-boxernya di luar, Azri pun naik semula kat JB.

Sebenarnya dia plan nak tidur kat kiub Tengku, tapi katil satu lagi kat kiub tu takde tilam. Begitu gak ngan kiub-kiub kosong yang lain. Tilam-tilam semua lesap.
"Aduhh.. Nasib baik la katil kat kiub Aniq ni kosong. Boleh aku tumpang jap."

Kiubmate Aniq tu sebenarnya mamat yang nama Alif tu jugak. Memandangkan Alif dengan Aniq tengah ada 'salah faham' sekarang, so Alif pun dah mula berkurang tidur kat kiub tu.

"Mana Alif ni pergi. Dia tidur kat kiub Nije ke? Tapi tadi aku turun gi JA tak nampak pulak dia. Ahh malas layan. Tidur dulu..". Azri pun merebahkan badannya ke atas tilam lembut tu.

Pada masa yang sama...

"Haha best gila doh makan McD memalam buta ni!", kata Alif yang sedang berada di Teluk Cempedak bersama Syuk dan Syahir..


No comments:

Update

Dah 5 bulan aku bertapa kat surgical sejak metatarsal aku crack. MC lama, kena extend posting pun lama. Kerja kat wad surgical 4A harini, ke...