Saturday, November 10, 2012

The Alternate Story : Part 6





"Hoi, apa yang ko termenung lagi tu? Majlis da start la. Bangun cepat kena nyanyi lagu ni", kata Fendi ke Tengku.

Semua orang sekarang tengah kat dalam Dewan Ilmu, DI, untuk acara pelantikan BWP baru. Tengku temenung kejap tadi, teringat balik peristiwa beberapa hari sebelum ni. Banyak kejadian paranormal terjadi. Dari mula-mula Aqeel kena gangguan, lepas tu budak form 1 histeria dalam masjid, Mokh ngan Father ternampak 'benda' tu, beberapa orang budak pompuan form 4 histeria masa prep. Tapi alhamdulillah lepas Ustaz Syahmi conduct bacaan ayat-ayat al-Quran ramai-ramai dalam masjid, benda-benda tu semua pun dah berkurang.

"Saya berjanji akan melaksanakan tugas saya sebagai ahli Badan Wakil Pelajar dengan penuh tanggungjawab dan amanah."

Para BWP baru yang terdiri dari pelajar-pelajar form 4 membacakan ikrar masa majlis tu. Aqeel, Aizat, Arifi dan Sabihah adalah antara BWP baru yang bakal memimpin pelajar-pelajar MRSM Kuantan. Aku rasa macam tak percaya. Aku rasa macam baru je mendaftar masa mula-mula kat MRSM ni dulu. Pejam celik pejam celik sekarang junior-junior dah ambik alih jawatan-jawatan budak form 5 sebagai BWP, LDP (Lembaga Disiplin Pelajar), PRS (Pembimbing Rakan Sebaya), JDI (Jemaah dakwah dan Islamiah), ALK (Ahli Lembaga Koperasi) dan PPSP (Penolong Pusat Sumber Pembelajaran). Masa memang berlalu dengan cepat ya. Aku agak macam mana perasaan para presiden organisasi-organisasi ni sekarang? Tengku, Tat, Kamil, Fendi, Bayu ngan Muzamil. Mesti rasa sedih kan?

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Lepas majlis tu, semua pelajar pun keluar dari DI dan menuju ke dorm masing-masing. (Takde prep, yeah!!). Pada masa tu, Aniq rasa sakit perut. Dia tau masa-masa macam ni tandas kat JB tu mesti tengah dihuni Jalu dengan geng-gengnya. Jadi Aniq pun amik keputusan untuk gi kat tandas lelaki yang sebelah 5A tu. Bila Aniq kat pintu tandas je, dia dengar ada orang menangis. Dia pun masuk. Eh? Tengku tengah kat singki tandas. Dari cermin tu dia nampak mata Tengku merah-merah, air mata mengalir, hingus lak meleleh.

"Eh Tengku, ko ok tak ni? Kenapa?"
Tengku tak menjawab. Dia cuba mengelak dari Aniq.
"Tengku, tak pe kalau kau menangis. Tapi kalau kau luahkan benda tu, mungkin kau rasa lega sikit. Kalau kau nak, kau boleh cerita kat aku je. Aku janji tak bitau orang lain.", kata Aniq.
Lepas tu Tengku pun mula pandang Aniq dengan muka seposennya.

"ANIQ!", Tengku menjerit nama Aniq dan terus peluk dia. Dalam hati Aniq agak risau sebab takut-takut hingus Tengku melekat kat baju dia.
"Aku ni bukan apa, rasa sebak bila tengok majlis tadi. Sebelum-sebelum ni tak rasa apa-apa pun. Bila aku fikir, aku rindu dengan semua ni. Sekarang dah letak jawatan, nanti dah SPM, habis maktab, tinggalkan kawan-kawan semua. Aku tak nak semua ni habis macam tu je. Isk..."



"Tengku, memang la semua tu akan jadi. Dah nama pun kehidupan. Alaa, takkan ko tak ingat masa tadika dulu. Mesti ko rasa sedih kan nanti nak kena masuk sekolah rendah. Lepas tu sedih pulak tinggalkan sekolah rendah, sebab kena masuk sekolah menengah. Sama la ngan ko sekarang ni. Banyak lagi benda yang kita kena lalui nanti. Ko pun kena la pandang kedepan je. Jangan pandang belakang semula. Tapi memang la, semua memori tu manis, dan kau patut ingat semua tu. Sekarang ni yang penting ko fokus kat SPM dulu ya.", kata Aniq dengan penuh gaya. PRS tuuu... Opsss.. EX-PRS. Hehehe

Tengku nampak lega sikit masa tu. Betul la orang cakap, kalau ada masalah tu jangan pendam, lagi elok kalau kita luahkan kat orang yang kita percaya. Barula emosi kita boleh stabil sikit.
"Err... Sori Tengku, tapi sekarang aku tengah sakit perut la. Aku gi tandas dulu ya!"
Maka itu sajalah kejadian di dalam tandas lelaki sebelah kelas 5A. Tengku pun balik semula ke blok J, dan Aniq pun menguruskan apa-apa yang patut.

Malam tu di blok J, Tat datang ke JB 33, iaitu kiub Aniq.
"Aniq!!", Tat datang lantas memeluk Aniq sambil menangis.

Sudaaahh.. Sorang lagi pulak.. Ni mesti Tengku yang bagitau dia ni.

Note:

Kepada semua ahli BWP 09/10.

1) Tengku Firdaus Hafiz, Tengku
2) Ahmad Azra'i, Tat/Ja'i
3) Muhammad Amirul Afif, Amirul
4) Wan Noor Afiq Afandy, Pendi
5) Mohamad Aiman, Aiman Wong
6) Wan Mohamad Anis, Anis
7) Farah Shazleen, Farah
8) Azyan Azhar, Yan
9) Nursazreen Amalina, Nina
10) Nurul Afiqah, Afiqah
11) Nurul Amalina, Alin
12) Nurul Nabilah, Mak Nab
13) Nur Shakira Nazleen, Speka
14) Nor Ezzatul Raihan, A'an

Terima kasih, korang dah buat yang terbaik sepanjang korang menjadi BWP. Glad to have you all as my friend :)

4 comments:

Amalina Yusoff said...

Terharunya kau tulis pasal ni :')
Tapi...cerita kau... *gelak besar*

Unknown said...

Haha lawak sangat ke Nina? :p
Eh cane ko bole jumpa blog aku ni.
Malunyaaaa

Amalina Yusoff said...

Lawak la sbb mcm kartun wakakaka. Twitter kot, aku pn dh lupa cemana.

Unknown said...

Haha macam kartun pulaak. Aku buat citer ni dengan harapan nak biar dapat ingat balik life masa MRSM dulu, tapi dengan story yang gempak la :p

Update

Dah 5 bulan aku bertapa kat surgical sejak metatarsal aku crack. MC lama, kena extend posting pun lama. Kerja kat wad surgical 4A harini, ke...